fbpx
Gambar hiasan

Guru dakwa dipukul suami, kereta Mercedes abang dirempuh dua kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes seorang guru wanita yang didakwa dipukul suaminya dalam satu kejadian di Salak Selatan, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, laporan dibuat mangsa berusia 26 tahun pada 5 Disember lalu kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Beliau berkata, kejadian berlaku di kediaman mangsa apabila suspek dipercayai bertindak memukul isterinya.
“Bagi mengelakkan terus dipukul, mangsa memberi alasan untuk keluar rumah mahu membuang sampah sebelum melarikan diri dengan bantuan abangnya menaiki sebuah kereta jenis Mercedes.

“Bagaimanapun, mereka telah bertembung dengan suspek sebelum lelaki itu bertindak mengejar dan melanggar bahagian belakang kereta abang mangsa sebanyak dua kali di Jalan Kampung Pasir, Pantai Dalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidil berkata, tindakan suspek itu menyebabkan kenderaan berkenaan hampir terbabas, namun mangsa bersama abangnya berjaya menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).

Katanya, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN