fbpx
GAMBAR fail studio Netflix di Los Angeles. - Foto AFP

Netflix akan beli Warner Bros, harga hampir RM341 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Gergasi penstriman, Netflix semalam mengumumkan akan membeli studio filem dan televisyen Warner Bros. Discovery pada harga hampir AS$83 billion (RM341 bilion), menjadikannya sebagai penggabungan terbesar dalam industri hiburan pada dekad ini.

Pengambilalihan yang akan melalui pemeriksaan kawal selia oleh pentadbiran Presiden Donald Trump dan ditentang oleh tokoh-tokoh terkenal Hollywood itu akan memberikan Netflix akses kepada katalog filem yang luas serta perkhidmatan penstriman terkenal, HBO Max.

Ia tidak termasuk saluran kabel seperti CNN, TNT, TBS dan Discovery yang sedang dipisahkan oleh Warner Bros. Discovery sebelum perjanjian itu dimuktamadkan.

Sepanjang beberapa dekad, Warner Brothers telah menghasilkan filem klasik termasuk Casablanca dan Citizen Kane termasuk rancangan blockbuster terkini seperti The Sopranos, Game of Thrones dan filem Harry Potter.

“Bersama-sama, kami boleh memberikan penonton lebih banyak kandungan yang mereka suka dan membantu membentuk abad baharu dalam penceritaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif bersama Netflix, Ted Sarandos dan menghasilkan kejayaan global termasuk siri televisyen, Stranger Things, Squid Games serta filem K-Pop.

Perjanjian terbesar sebelum ini ialah pengambilalihan Fox oleh Disney dengan nilai AS$71 bilion (RM296 bilion) pada tahun 2019.

 

Di tengah-tengah kritikan dan kekeliruan mengenai perjanjian itu, harga saham Netflix jatuh lebih tiga peratus semalam.

“Pengumuman hari ini (semalam) menggabungkan dua syarikat penceritaan terbesar di dunia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Warner Bros. Discovery, David Zaslav dalam kenyataan tersebut.

Transaksi yang diluluskan sebulat suara oleh lembaga pengarah kedua-dua syarikat itu  dijangka selesai dalam tempoh 12 hingga 18 bulan.  – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN