fbpx
Sebahagian wartawan jenayah yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan pertama CiJA yang berlangsung di Kuala Lumpur, malam tadi.

Penubuhan CiJA buka ruang kerjasama bersama SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penubuhan Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) mampu membuka ruang kerjasama lebih tersusun antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pengamal media tersebut.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, pihaknya melihat CiJA sebagai pemangkin meningkatkan ketepatan pelaporan dan memastikan sensitiviti operasi terpelihara kerana wartawan meja jenayah merupakan golongan yang paling banyak melaporkan berita berkaitan pencegahan rasuah.

“Melalui kerjasama di platform ini, penyampaian maklumat antirasuah dapat dilakukan dengan lebih tepat, pantas dan profesional.

“Pada masa sama, CiJA boleh membantu agar mesej pencegahan rasuah, trend jenayah dan modus operandi semasa disampaikan kepada masyarakat secara lebih berkesan,” katanya ketika mengulas kejayaan penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama CiJA yang berlangsung malam tadi.

Hisyam Mohd berkata, pihaknya juga terbuka untuk memberikan latihan kepada wartawan merangkumi etika, undang-undang dan pemahaman Akta SPRM 2009 bagi membantu memperkukuh profesionalisme wartawan meja jenayah.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada kepimpinan CiJA yang baharu dilantik iaitu Safeek Affendy Razali (Berita Harian) sebagai Presiden, manakala Hafidzul Hilmi (Harian Metro) dan Maszureen Hadzman (Utusan Malaysia) dilantik sebagai Timbalan Presiden 1 dan 2.

Manakala, Nuraina Hanis Abd Halim (Utusan Malaysia) dilantik sebagai Setiausaha dan Farik Zolkepli (The Star) pula dinamakan sebagai Bendahari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI