fbpx
CORBIN-ONG menyelamatkan maruah JDT apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

ACC: JDT terpaksa bangkit ikat kelab Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TONGGAK pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry mengakui rakan-rakan sepasukan beraksi di bawah tahap sebenar selepas terikat seri 2-2 bertemu kelab Kemboja, PKR Svay Rieng dalam perlawanan Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), kelmarin.

Pada perlawanan itu, skuad Harimau Selatan terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-2 dengan meledak kedua-dua gol pada masa kecederaan menerusi Lowry dan Lawrence Corbin-Ong.

Menurut Lowry, pasukannya hampir membayar harga yang mahal apabila tidak beraksi dengan baik pada babak pertama sehingga tuan rumah berjaya mendahului 2-0.

“Pada separuh masa pertama, kami tidak beraksi seperti yang diharapkan teapi separuh masa kedua, kami tunjuk semangat dan beberapa kali hampir menjaringkan gol.

“Pujian juga wajar diberikan kepada pasukan lawan yang berikan tentangan sengit. Namun, secara peribadi saya gembira kita tidak kalah dan gembira dapat menjaringkan gol untuk membantu pasukan,” kata tonggak import dari Australia itu.

Sementara itu, pengendali JDT, Xisco Munoz mengakui pasukannya boleh meraih tiga mata jika perlawanan masih berbaki lagi lima minit.

“Pada babak kedua, kita meningkatkan intensiti permainan dan berjaya mendominasi perlawanan. Jika perlawanan bersambung lima minit lagi, mungkin kami dapat tiga mata,” katanya.

Keputusan itu tidak menjejaskan status JDT selaku pendahulu Kumpulan B selepas mengutip tujuh mata daripada tiga perlawanan yang diharungi dalam ACC musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN