fbpx
Peter Tay bergambar di hadapan restoran terbaharu Kumpulan di persekitaran lobi Sunway Resort Hotel baru-baru ini.

Andaman Seafood & Dim Sum berkonsep mesra Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNWAY – Kumpulan Andaman telah membuka cawangan ketiganya iaitu Andaman Seafood & Dim Sum di Sunway Resort Hotel bagi memenuhi cita rasa dan kegemaran pelanggan di hotel berkenaan serta komuniti di sekitarnya khususnya bagi peminat makanan laut.

Ini adalah cawangan ketiga syarikat selepas Andaman Seafood Village Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang dan juga sebuah dewan acara di Lalaport.

Pengarah Urusan Kumpulan nya, Peter Tay berkata, restoran ketiga yang berkonsepkan keluarga dan mesra Muslim ini mampu memuatkan sehingga 170 pelanggan dalam satu-satu masa serta menawarkan pelbagai sajian mewah makanan laut segar pada harga berpatutan.

Menurut beliau, jika diban­dingkan dengan harga makanan di restoran ini dengan mana-mana hotel lima bintang, menu di sini lebih murah meskipun ia berkonsepkan hidangan laut segar yang ditangkap dari akuarium sementara di satu sudut di restoran ini.

Ia adalah untuk menjaga kualiti dan kesegarannya agar pengunjung dapat menikmati sepuasnya.

“Lokasi restoran ini yang terletak di lobi Sunway Resort Hotel adalah sangat bersesuaian dengan kehadiran pelancong yang menjadikan kawasan ini antara tumpuan bagi riadah dan melancong.

“Pengunjung dari luar negara akan dapat menjamu selera di restoran ini dengan pelbagai menu yang bukan sahaja dari Malaysia, namun juga dari 11 negara ASEAN.

“Ini menjadikan restoran ini yang pertama menyediakan pelbagai menu masakan ASEAN dalam hidangannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di restoran terbaharunya di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, bersesu­aian dengan konsep mesra Muslim, pihaknya akan memastikan bekalan sumber mentah adalah daripada pembekal halal bagi menyediakan hidangan yang berkualiti.

“Dim Sum yang kami buat juga segar setiap hari iaitu daripada penyediaan doh dan adunan sehingga intinya yang tidak disejuk-bekukan kami seperti mana yang dilakukan oleh restoran lain, tetapi ini adalah rahsia cef yang kami bawa khas dari Singapura.

“Kami turut mengimport sendiri makanan laut segar dan ‘masih hidup’ dari Sabah dan juga negara luar seperti Alaska dan Australia,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI