JUBA – Seorang lelaki bersenjata ditahan selepas cuba merampas sebuah pesawat ringan dengan mengarahkan juruterbang melencongkan kapal terbang itu ke Chad, lapor akhbar Washington Post.
Pesawat jenis turboprop Cessna Grand Caravan yang dikendalikan oleh organisasi bantuan kemanusiaan, Samaritan’s Purse itu berlepas dari Juba, Sudan Selatan semalam.
Pesawat itu membawa bekalan perbuatan ke daerah Maiwut, negeri Nil Hulu.
Jurucakap Polis Negeri Western Bahr el Ghazal, Santino Udol Mayen berkata, suspek memecah masuk ke dalam pesawat dan bersembunyi di bahagian belakang sebelum ia berlepas.
“Selepas berlegar-legar di udara selama beberapa jam, juruterbang memberitahu suspek bahawa pesawat itu perlu mengisi minyak, menyebabkan mereka mendarat di utara bandar Wau. Suspek kemudian diberkas.
“Motif dia merampas pesawat itu masih belum diketahui, termasuk alasan mahu terbang ke Chad.
“Suspek memakai jaket peluru dengan logo syarikat piagam udara yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Juba,” tambah Mayen.
Tiada kecederaan dilaporkan, manakala siasatan sedang dijalankan. – AGENSI














