fbpx
Allahyarham Syamsul Haris

Kematian Syamsul Haris diklasifikasikan kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

AGC dalam kenyatannya hari ini berkata, dapatan itu diperoleh selepas taklimat hasil laporan siasatan yang dibuka oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas Syamsul Haris pada hari ini.

“AGC setelah ditaklimatkan dan meneliti hasil laporan siasatan tersebut, jabatan ini telah mengarahkan kes kematian ini diklasifikasikan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan Akta 574 untuk siasatan selanjutnya oleh pihak PDRM,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kubur Syamsul Haris Shamsudin digali semula. Allahyarham Syamsul Haris dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan ibu Syamsul Haris iaitu Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, selaku pemohon supaya kubur anaknya digali bagi bedah siasat kedua.

Ketika membaca keputusan itu Hakim Bhupindar telah mengeluarkan perintah yang perlu dipatuhi responden.

Terdahulu menerusi notis usul yang difailkan ibu Syamsul Haris, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, beliau menamakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam permohonannya, Ummu Haiman memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik di Hospital Kuala Lumpur melakukan satu post-mortem (bedah siasat) semula ke atas jasad anaknya dalam tempoh 14 hari selepas ia dikeluarkan.

Bedah siasat itu juga hendaklah dijalankan dengan kehadiran pakar forensik dan turut dihadiri peguam atau wakil daripada firma guaman Tetuan Naran Singh & Co.

Beliau juga memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik yang menjalankan bedah siasat mengeluarkan laporan dalam tempoh satu bulan dari tarikh ia dijalankan dan satu salinan laporan diberikan kepada peguamnya.

Turut dipohon, perintah yang mengarahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan jenayah untuk melantik satu pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengambil alih tugas seperti yang dilakukan di dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Ummu Haiman juga memohon perintah bagi mengarahkan Peguam Negara menjalankan satu Inkues bagi menyiasat punca kematian anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI