JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) seorang pramugari bersama pengurus sebuah syarikat penerbangan yang didakwa curang terhadap isterinya, lapor laman berita Lambe Turah semalam.
Dalam video tersebut, kedua-dua mereka dilihat memasuki lif didakwa di sebuah apartmen sebelum pramugari tersebut mengucup lelaki itu di bahagian dada.
“Ini adalah video bertarikh 3 Oktobr 2025, di mana EDL yang sepatutnya sedang bertugas, pergi ke apartmen suami saya. Alasan yang dia berikan kepada rakan sekerja adalah menerima panggilan kecemasan,” kata isteri lelaki berkenaan.
Tambahnya, seorang pramugari lain digantung tugas selama sebulan kerana membantu dia mendedahkan perkara itu.
“Padahal saya sendiri mengekori EDL dari lapangan terbang sampai ke apartmen suami,” tambahnya.
Kata wanita tersebut, selepas video itu tular, suaminya menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan pramugari itu.
“Dia masih menyangkal hubungan dengan EDL sehingga sanggup bersumpah,” katanya.
Sementara itu, laman berita Metropolitan id melaporkan, pramugari berkenaan membuat laporan polis berhubung video tersebut.
“Keadaan menjadi rumit disebabkan laporan polis itu. Saya memilih untuk berdiam diri bagi menghormati siasatan pihak berkuasa,” katanya. – AGENSI














