fbpx
Lew Chee Quin (dua dari kiri) pada sesi diskusi panel dan majlis penutup majlis penutupan kempen A Million Visions di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Komitmen Hoya pertingkat kesedaran pentingnya pemeriksaan kesihatan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hoya Malaysia komited untuk meneruskan usaha bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan kempen membantu masyarakat untuk tempoh jangka panjang bagi melindungi penglihatan generasi muda dan kanak-kanak khususnya.

Kempen, A Million Visions telah dilaksanakan di seluruh negara adalah antara inisiatif syarikat dan kini ia telah selamat disempurnakan.

Bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia 2025, acara selama seminggu ini menawarkan pemeriksaan mata percuma untuk kanak-kanak berumur lima  hingga 12 tahun di lebih 800 Kedai Optik Penjagaan Mata Profesional di seluruh negara.

Pengarah Urusan Hoya Malaysia, Lew Chee Quin berkata, melalui kempen ini, syarikat dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa serta penjaga tentang pentingnya setiap kanak-kanak berhak mendapat penglihatan yang jelas dan sihat.

Menurutnya  kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang peningkatan isu miopia dalam kalangan kanak-kanak serta kepentingan membuat pengesanan awal.

“Ibu bapa perlu mengambil langkah pertama  dalam melindungi penglihatan anak-anak mereka dengan menjadikan pemeriksaan kesihatan mata profesional lebih mudah diakses, mampu milik dan tersedia secara meluas.

 “Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk melihat dunia dengan jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas ditemui dalam satu program perkongsian panel tentang perkembangan  Myopia dalam kalangan kanak-kanak di sebuah sekolah swasta di sini baru-baru ini. 

Chee Quin berkata, selama lebih 30 tahun, Hoya  komited untuk membantu rakyat  melihat dengan jelas kerana penglihatan bukan sekadar mata sahaja tetapi ia berkait juga dengan peluang, pendidikan, dan kualiti hidup.

“Melalui kempen ‘A Million Visions’, kami berhasrat untuk menegaskan kepentingan pemeriksaan mata awal dan meningkatkan kesedaran ini di seluruh negara.

Apabila kita mewujudkan kesedaran dan mengambil langkah awal bersama-sama, kita sebenarnya melindungi bukan sahaja penglihatan mereka, malah masa depan mereka juga,” jelasnya. 

Sebagai penutup kempen, Hoya Malaysia telah  mengetengahkan penerbitan kajian klinikal bertajuk Effectiveness of DIMS Lens in Slowing Myopia Progression among Malay Schoolchildren, yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kajian ini adalah yang pertama di Malaysia untuk menguji keberkesanan teknologi Defocus Incorporated Multiple Segments (D.I.M.S.) dalam kalangan murid sekolah berbangsa Melayu.

Ia dijalankan sebagai percubaan terkawal prospektif rawak di Kuala Lumpur dengan penglibatan seramai 42 murid sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun selama tempoh 12 bulan.

Peserta dibahagikan secara rawak untuk memakai sama ada kanta MiYOSMART dengan teknologi D.I.M.S. atau kanta penglihatan tunggal konvensional untuk kegunaan sepenuh masa.

Kajian menunjukkan bahawa kanta MiYOSMART sangat berkesan untuk kanak-kanak Malaysia.

Selepas tempoh setahun, kanak-kanak yang memakai kanta D.I.M.S. mengalami perubahan miopia sebanyak –0.16 D dan peningkatan panjang paksi mata sebanyak +0.07 mm, menunjukkan perkembangan yang jauh lebih perlahan berbanding kanak-kanak yang memakai kanta penglihatan tunggal.

Secara keseluruhan, keputusan menunjukkan purata pengurangan 65 peratus dalam perkembangan miopia.

Kanta ini juga memberikan penglihatan yang jelas dan stabil, dan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan selesa untuk pemakaian harian sepenuh masa sekitar 16 jam sehari.

Dibangunkan dengan kerjasama The Hong Kong Polytechnic University, kanta MiYOSMART dengan teknologi D.I.M.S. disokong oleh penyelidikan antarabangsa yang meluas.

Kajian Malaysia ini memberikan pengesahan tempatan yang penting, mengukuhkan keberkesanan pendekatan ini untuk kanak-kanak Malaysia. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN