fbpx
Hantaran dimuat naik Nur Syazwani selepas pasangan itu sah bercerai talak dua hari ini.

‘Curang itu pilihan bukan kebetulan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapsyen dengan tanda pagar #curangitupilihanbukankebetulan yang dimuat naik selepas pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dan isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahril sah bercerai talak dua hari ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Hantaran tersebut dimuat naik Nur Syazwani di Instagramnya hari ini selepas pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Dalam hantaran itu, Nur Syazwani turut mengucapkan terima kasih kepada peguam yang mewakili dirinya, Roshdan Sujak Rafie.

“Alhamdulillah selesai semuanya. Terima kasih En. Roshdan, semoga seterusnya berpihak kepada saya. Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya menjalani kehidupan di hari-hari yang mendatang,” katanya.

Terdahulu, pada 2 September lalu, Nur Syazwani dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, pasangan itu kemudian memuat naik foto bersama seakan memberi bayangan bahawa hubungan mereka kembali pulih.

Untuk rekod, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN