fbpx
Gambar hiasan

198 pusat kawalan operasi semua negeri, daerah mula diaktifkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kerajaan mengaktifkan sepenuhnya Pusat Kawalan Operasi Negeri serta 198 Pusat Kawalan Operasi Daerah dan Unit Bagi memastikan kesiapsiagaan menyeluruh di semua negeri susulan situasi banjir ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana di peringkat negeri dan daerah turut dibuka bagi memastikan koordinasi operasi respon, pemindahan dan penyampaian maklumat dapat dilakukan tanpa kelewatan.

Katanya, langkah ini akan memastikan setiap perkembangan dan keperluan di lapangan dapat ditangani dalam masa sebenar oleh agensi-agensi pengurusan bencana.

Pada masa sama, Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga telah mengerahkan lebih 2,000 anggota untuk melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi melibatkan banjir, ribut serta ombak kuat di pesisir pantai.

“Aset-aset penting seperti bot penyelamat, ambulans, kenderaan 4×4, generator, pam air mudah alih dan dron pemantauan turut digerakkan bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan dan bantuan kecemasan dapat dilaksanakan dengan segera apabila diperlukan.

“Kerajaan turut memberi penekanan kepada kebajikan mangsa dan petugas bencana dengan menyediakan 30,300 pek makanan retort untuk pasukan di lapangan, 88,701 unit khemah mudah alih bencana (C-Tent) serta 31,480 kit makanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat turut menyeru rakyat di kawasan terjejas dan kawasan berisiko agar sentiasa mengikuti perkembangan amaran rasmi daripada pihak berkuasa serta mematuhi arahan pemindahan sekiranya diarahkan.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti laut dan kawasan pesisir susulan keadaan angin kencang serta ombak tinggi.

“Saya turut menegaskan agar masyarakat tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan atau panik.

“Kerajaan akan terus memantau rapi situasi ini dan memastikan semua agensi berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya.

“Saya sendiri akan mengikuti perkembangan secara langsung dan memastikan segala bentuk bantuan serta tindakan yang diperlukan dapat dilaksanakan dengan pantas demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI