fbpx
REMAJA lelaki berusia 14 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak asuhan ibunya yang berusia lapan tahun, dua minggu lalu.

Remaja mengaku lakukan seks luar tabii terhadap anak asuhan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak asuhan ibunya yang berusia lapan tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh berusia 14 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Mengikut pertuduhan, pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Seri Iskandar itu didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

Remaja terbabit melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di di Iskandar Perdana, pada pukul 11 pagi, 14 November 2025.

Pertuduhan terhadap remaja itu dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Ameerul Nazhif Wan Zulfikri manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Nadzrah Badarudin.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Disember depan untuk tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak.

Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Perbuatan remaja lelaki itu terbongkar selepas mangsa yang menangis dan enggan memasuki rumah pengasuh memaklumkan kepada ibunya bahawa dia takut menjadi mangsa perlakuan tidak sepatutnya, termasuk diminta membuka seluar oleh tertuduh.

Menurut mangsa, perbuatan itu telah beberapa kali dilakukan terhadapnya ketika pengasuhnya tidak berada di rumah.

Susulan itu, laporan polis dibuat ibu mangsa pada 21 November lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI