fbpx
Ezani (dua dari kanan) Mohd. Anuar (kanan) dan Seng Poh (dua dari kiri) menunjukkan trofi Kejohanan Golf Jemputan Remaja RSGC pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Joshua bakal hadapi tentangan sengit di RSGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kejohanan Golf Jemputan Remaja anjuran Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) dijangka sengit apabila juara bertahan, Joshua Lim akan kembali untuk berentap dengan 95 pemain lain bagi mempertahankan gelarannya.

Pengerusinya, Ezani Abu Bakar berkata, selain Malaysia, kejohanan kali ke-11 itu menampilkan penyertaan dari 13 buah negara seperti Korea Selatan, Indonesia, Singapura, China, Australia, Jepun, Filipina, Thailand, Kemboja, Vietnam, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Katanya, Malaysia diwakili 39 pemain termasuk 23 daripada Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) seliaan Persatuan Golf Malaysia (PGM).

“Kejohanan ini memberi tumpuan kepada pembangunan generasi baharu pemain golf. Johan kategori lelaki dan perempuan di bawah 18 dan 15 tahun berpeluang menyertai Kejohanan Remaja Taiwan 2026 dengan segala perbelanjaan ditanggung RSGC dan PGM.

“Kejohanan itu terbuka kepada pemain golf amatur remaja berumur 18 tahun ke bawah, yang akan diuji bukan sahaja dari segi kemahiran teknikal, malah ketahanan mental, pengurusan permainan serta semangat kesukanan, elemen penting dalam membentuk kejayaan jangka panjang.

“Sudah tentu Joshua akan kembali untuk mempertahankan gelarannya musim lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hadir sama, Presiden MGA, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Pengarah Kejohanan, Dr. Chew Seng Poh.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Mei di RSGC itu mengenakan yuran kemasukan RM450 untuk pemain tempatan dan AS$130 (RM513) bagi peserta luar negara.

Menurut Ezani, pertandingan itu mencerminkan komitmen berterusan kelab dalam membangunkan bakat muda serta memperkukuh masa depan sukan golf negara.

Tambahnya, selain kemahiran dan pencapaian skor, ia turut membentuk disiplin serta keupayaan untuk bersaing dengan penun integriti. Menerusi kejohanan ini, kami berhasrat menyediakan platform bermakna untuk pemain muda berkembang dan menyerlah, bukan sahaja sebagai atlet tetapi juga sebagai individu.

“Selain prestasi, kejohanan ini turut menekankan nilai-nilai teras sukan golf seperti integriti, kesabaran, ketenangan di bawah tekanan serta rasa hormat terhadap rakan pesaing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN