fbpx
Hantaran tersebut yang tular di Thread.

Kata-kata semangat pekerja kedai kek sentuh hati pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap mesra dan penuh perhatian pekerja sebuah kedai kek mencuri perhatian netizen selepas seorang pelanggan berkongsi pengalaman manis ketika membeli kek di cawangan berkenaan.

Menurut perkongsian wanita itu di Thread, dia tidak menyangka permintaanya untuk mendapatkan ucapan dan kata-kata semangat untuk dirinya membuatkan dia rasa terharu.

“Hari ini tak beli roti, tapi beli kek. Terima kasih staf di Ara Damansara untuk ucapan dan kata-kata yang baik.

“Tolong beritahu kakitangan di sana, mereka memang ‘sweet’ terlajak,” katanya.

Dalam hantaran sama, turut dikongsi beberapa gambar memaparkan pesanan yang dibuat wanita itu yang meminta agar kakitangan kedai kek tersebut memberikan kata-kata semangat bagi dirinya yang baru sahaja putus tunang.

“Takdir mungkin tak ama dengan apa yang kita nak. Semoga Allah sentiasa melindungi dan bersama dengan kakak higgga bila- bila,” tulis ucapan tersebut.

Tinjaun di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi positif termasuk ada yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut.

“Staf di sana selalu bagus tau servis dia. Kita pernah order kek untuk mak kita, terus mereka buat cantik-cantik macam kita minta. Gembira sangat masa tu,” kata Diana.

“Tolonglah frame ke laminate ke kertas tu. Kalau aku tu dah sebaldi dah air mata sebab nangis baca. Semoga satu hari nanti kamu jumpa lelaki yang boleh bimbing kamu ke syurga,” kata Amirul.

“Ikhlasnya ucapan dia. Bila baca boleh rasa keikhlasan. Saya pun terharu,” kata Memek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN