fbpx
Anwar beramah mesra dengan rakyat Sabah di Likas malam tadi.

Sabah berhak nikmati pembangunan adil dan saksama – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Sabah berhak menikmati pembangunan yang adil dan saksama.

Menurutnya, komitmen itu bukan lagi retorik dibawah Kerajaan Madani, sebaliknya sedang diterjemah melalui pelaksanaan yang nyata.

Kata Perdana Menteri, antara komitmen itu adalah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mesti dihormati, ditunaikan dan diperkasakan.

“Banyak perkara asas yang sekian lama tertangguh kini dipacu dengan lebih pantas daripada penambahbaikan bekalan elektrik, pembinaan rangkaian jalan raya hinggalah penyelesaian masalah air.

“Saya tidak datang membawa janji kosong. Kerajaan Madani sedang mengukuhkan tatakelola, menutup ruang ketirisan dan memastikan setiap sen yang diperuntukkan benar-benar sampai kepada rakyat Sabah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sinergi yang kuat, jujur dan saling menghormati antara Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah penting.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sinergi tersebut demi memastikan hasil pembangunan benar-benar kembali kepada rakyat terbanyak di Sabah.

Justeru, katanya, beliau menyeru rakyat Sabah untuk bangkit menolak politik yang memecah-belahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN