fbpx
Gambar hiasan

Musim tengkujuh: Ada tujuh episod, yang pertama berakhir minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL) sudah memasuki episod pertama luluran daripada tujuh keseluruhannya menyebabkan taburan hujan lebat berbanding biasa.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Meor Ismail Meor Akim berkata, gelombang pertama MTL ini dijangka berakhir pada minggu ini.

“Kita ada lagi enam episod hujan (seperti) ini. Saya memang amat mengharapkan semua penduduk dapat mendengar arahan pihak berkuasa (berpindah) sebab menyenangkan semua pihak.

“Kalau lewat, bila saat akhir ini banyak masalah, semua memerlukan. Bot kita pun bukanlah terlalu banyak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi banjir di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.

Katanya, penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran agak baik dengan bacaan paras sungai yang tidak terlalu kritikal.

Beliau turut menasihatkan mangsa banjir supaya berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk memudahkan bantuan diterima selepas bencana berakhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN