fbpx
Usaha menyelamat pelajar dan pensyarah UUM dilakukan pagi ini.

‘Doakan keselamatan 40 pelajar, pensyarah UUM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINTOK – Seramai 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) kini dalam persediaan untuk dipindahkan dari Hotel Wangburapa Grand di Hatyai, Thailand setelah terkandas sejak Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook UUM, usaha menyelamat kesemua mangsa dilakukan pagi ini.

“Kesemua mereka dijadualkan tiba di Bukit Kayu Hitam pada hari ini dengan bantuan Konsulat Jeneral Malaysia di Hatyai. Doakan keselamatan semua, amin,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan menyebut, usaha menyelamat kumpulan pelajar dan pensyarah sebelum ini gagal walaupun mempunyai bot serta kelengkapan yang mencukupi.

Ia berikutan risiko kemalangan tinggi kerana bot boleh terbalik jika terlanggar kereta yang berada di dalam air.

“Insya-Allah usaha penyelamatan diteruskan lagi pagi ini. Sama-sama kita berdoa agar semuanya berakhir dengan selamat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN