fbpx
RUDY

Takaful Ikhlas umum manfaat tambahan IWE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Takaful Ikhlas General Berhad mengumumkan penambahan manfaat baharu kepada inisiatif khasnya, Ikhlas Waqf & Endowment (IWE).

Diperkenalkan pada 2019, IWE merupakan inisiatif tanggungjawab sosial yang dibangunkan oleh Takaful Ikhlas, diberikan secara percuma kepada peserta yang menyertai pelan perlindungan takaful am individu.

Melalui IWE, Takaful Ikhlas memperuntukkan sebanyak RM1,000 atas nama peserta bagi tujuan wakaf atau endowmen sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.

Bagi memperluaskan manfaat tersebut, Takaful Ikhlas kini memperkenalkan manfaat tambahan baharu berupa khairat kematian berjumlah RM500 kepada waris peserta sebagai tanda keprihatinan dan sokongan pada waktu yang sukar.

Interim Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, MNRB Holdings Berhad dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, penambahan manfaat ini merupakan langkah proaktif dalam memperkukuh sokongan kepada peserta.

“Kami sentiasa berusaha untuk memastikan produk-produk yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas bukan sahaja memberikan perlindungan yang komprehensif, malah turut menyediakan manfaat berterusan.

“Ini menzahirkan keindahan konsep takaful iaitu saling tolong-menolong, melindungi dan menyantuni antara satu sama lain,” katanya.

Dana yang terkumpul melalui IWE diuruskan oleh Ikhlas Barakah House, sebuah platform pengumpulan dana patuh syariah di bawah Takaful Ikhlas.

Sejak pelancarannya, jumlah dana IWE yang terkumpul telah mencecah RM86,000 dan disalurkan kepada pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara berterusan termasuk sumbangan wang tunai, peralatan perubatan dan keperluan rawatan kepada institusi wakaf terpilih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI