fbpx
Operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir di Jalan Dato Ali, dekat Kangar, malam tadi.

Mangsa banjir Perlis naik kepada 7,501 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seramai 7,501 mangsa banjir di Perlis berlindung di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis, Kangar terus merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 4,474 orang diikuti Arau 1,720 orang dan Padang Besar 1,307 orang.

“Keadaan semasa setakat pukul 8 pagi ini adalah tiada hujan, namun trend air sungai terus meningkat,” katanya hari ini.

Sementara itu, operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir dilakukan di Jalan Dato Ali, dekat sini ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Dato Wan Ahmad malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI