fbpx
HANNAH ketika Persidangan Meja Bulat Belia Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia di Menara KBS, Putrajaya hari ini. - FAIZ ALIF ZUBIR

KBS hantar skuad pemantau ke Songkhla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menghantar skuad pemantau ke Songkhla bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan banjir yang menjejaskan venue utama Sukan SEA Thailand 2025.

Tindakan pantas diambil selepas laporan awal mendapati beberapa fasiliti sukan termasuk venue bola sepak terjejas dan berisiko dipindahkan ke Bangkok sekiranya paras air terus meningkat di wilayah tersebut.

Menurut laporan berita The Nation di Thailand, Stadium Tinsulanonda di Songkhla yang menjadi venue bola sepak lelaki kumpulan B melibatkan Malaysia, Vietnam dan Laos berdepan gangguan serius apabila laluan utama ke stadium ditenggelami air.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keselamatan atlet dan pegawai Malaysia menjadi faktor paling utama ketika situasi bencana banjir di negara jiran itu masih belum pulih sepenuhnya

“Kami mahu maklumat tepat dari lapangan, sebab itu MSN (Majlis Sukan Negara) menghantar pasukan pemantau untuk menilai keadaan sebenar di Songkhla,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut menegaskan Malaysia tidak akan terus menekan Thailand dalam waktu genting ini, namun pihaknya akan merangka pelan logistik alternatif terutama jika venue bola sepak terpaksa dipindahkan pada saat akhir.

Menurutnya, KBS bersedia merombak pelan logistik asal yang sepatutnya menggunakan jalan darat dengan menaiki bas dan bermalam di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok sebelum memasuki Songkhla.

Hannah turut mengesahkan Kementerian Luar Negeri sudah dihubungi bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di selatan Thailand sentiasa berada dalam pemantauan berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN