JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia menunjukkan sebahagian tembok yang dibina untuk menahan ombak semakin retak, menyebabkan air laut mengalir keluar dan bertakung, lapor laman berita Detik.
Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan berhampiran Pantai Mutiara, Jakarta Utara baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @detikcom menunjukkan air mengalir dari tembok yang retak sehingga menghasilkan lopak kecil berhampiran sebuah kolam renang.
Jabatan Sumber Daya Air (SDA) Jakarta tampil menjelaskan bahawa pihaknya akan membaiki tembok tersebut.
“Selepas menerima maklumat di media sosial, kami membuat tinjauan ke atas keadaan benteng di sepanjang pantai Jakarta Utara.
“Pemetaan juga akan dilakukan ke atas benteng yang terdedah kepada resapan atau kebocoran,” kata Ketua SDA Jakarta, Alfan Widyastanto. – AGENSI















