fbpx
ANGGOTA penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas ekoran banjir di Kampung Wang Kelian, Padang Besar, Perlis Ahad lalu.-ASYRAF MUHAMMAD

Lebih baik hujan batu di negara sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Musim Monsun Timur Laut sudah ‘membuka tirai’ pada 13 November lalu. Memasuki musim tengkujuh, penduduk terutamanya yang berada di negeri-negeri Pantai Timur sudah berjaga-jaga.

Sejak awal minggu lalu, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dilaporkan mula menerima hujan.

Mengikut ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Monsun Timur Laut kali dijangka mengalami lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian banjir sehingga Mac tahun depan.

Kelantan, Terengganu dan Pahang diramal menjadi negeri terawal yang mengalami hujan lebat berterusan pada Monsun Timur Laut.
Namun lain pula ceritanya apabila Hatyai menjadi sorotan berita banjir pada musim ini.

Media melaporkan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia terkandas di kawasan Hatyai dan beberapa daerah di wilayah Songkhla, Thailand ekoran bencana tersebut.

Setakat semalam, ada ribuan lagi rakyat kita yang masih lagi terperangkap di negara jiran itu. Usaha untuk membawa mereka pulang ke negara ini termasuk daripada sukarelawan sedang giat dilaksanakan.

Di Malaysia, bilangan mangsa banjir terus meningkat melebihi 20,000 orang di lapan negeri.
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas dalam kejadian tersebut dengan bilangan mangsa hampir 10,000 orang setakat petang semalam.

Penduduk Lembah Klang terutama Selangor juga sudah dalam ‘mood’ bersiap sedia. Banjir besar pada penghujung tahun 2021 meninggalkan kesan yang mendalam dan trauma buat penduduk terutama di kawasan Shah Alam dan Hulu Langat.

Bila hujan berterusan lebih 24 jam, air sungai naik dan jalan tenggelam, mereka sudah tidak senang duduk.
Laporan cuaca MetMalaysia, media sosial dan kumpulan WhatsApp menjadi rujukan kerana bimbang bencana sama akan berulang.

Rakyat negara kita antara yang bertuah kerana kerajaan sentiasa cakna dengan keselamatan dan kesejahteraan penduduknya setiap kali berdepan dengan musibah termasuk banjir.

Persiapan rapi dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan selama berbulan-bulan sebelum masuk musim tengkujuh bagi memudahkan penyelarasan bantuan dan operasi di lokasi-lokasi yang terjejas.

Mangsa bukan sahaja diberikan tempat untuk berlindung, malah aspek logistik seperti pengangkutan untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS), kit makanan dan wang ihsan pun dapat.

Itu tidak termasuk peruntukan lain yang diberikan kepada golongan pesawah, nelayan dan pekebun yang terjejas banjir. Agak jarang kita dengar cerita mangsa-mangsa bencana yang tidak dibantu.

Namun, dalam kekalutan kita menguruskan mangsa-mangsa banjir di dalam negara ketika ini, kawalan kawasan perairan negara harus dipertingkatkan.

Ada pihak yang sedang memerhati dan menunggu masa untuk menyelinap masuk ke negara ini. Jika terleka, mereka yang untung besar. Kepada mangsa bencana, jaga diri dan patuhi arahan pihak berwajib. Nyawa No. 1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN