fbpx
Tuanku Aishah Rohani bergambar bersama tujuh graduan Anugerah Utama di Majlis Konvokesyen ke-23 USIM 2025 di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

USIM raikan 3,631 graduan pada Majlis Konvokesyen ke-23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini membuka tirai Majlis Konvokesyen ke-23 yang berlangsung selama empat hari sehingga 28 November ini dengan meraikan seramai 3,631 graduan di Dewan Tuanku Canselor.

Istiadat penuh tradisi itu disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USIM, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, yang berkenan mengisytiharkan pembukaan konvokesyen serta menyampaikan anugerah kecemerlangan dan penganugerahan ijazah kepada graduan pada sidang pertama.

USIM dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan graduan, 103 merupakan graduan doktor falsafah, 101 graduan sarjana, 2,923 graduan sarjana muda, diikuti 212 graduan diploma lanjutan dan 292 graduan diploma pascasiswazah.
“Pada majlis yang sama Tuanku Canselor turut berkenaan mengurniakan Ijazah Kehormat serta gelaran Profesor Emerita.

“Penerima Anugerah Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) dianugerahkan kepada dua penerima iaitu Ijazah Kehormat Doktor Sains Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah dianugerahkan kepada Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Pengerusi UCSI Healthcare Group.

“Manakala Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Quran dan Sunnah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dianugerahkan kepada Datuk Abdul Latiff S. Mirasa, Ketua Pegawai Eksekutif, Nasyrul Quran,” kata kenyataan itu.

Selain itu, Profesor Dr. Fauzias Mat Nor dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat turut dikurniakan gelaran Profesor Emerita atas sumbangan besarnya dalam bidang akademik.

USIM menambah, majlis konvokesyen yang melibatkan tujuh sidang ini turut menyaksikan penganugerahan kepada tujuh graduan cemerlang universiti.

Jelas kenyataan sama, konvokesyen kali ini turut mencatat sejarah dengan 131 graduan sulung bagi tujuh program baharu termasuk Doktor Falsafah Alam Bina, Sarjana Sains Alam Bina, Sarjana Sains Pergigian Gunaan, Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian) dan Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian) (Mod 3U1I).

“Mengangkat tema 25 Tahun USIM: Melakar Kejayaan, Mencipta Perubahan, penganjuran kali ini bertepatan dengan sambutan Jubli Perak universiti, menggambarkan perjalanan 25 tahun USIM daripada sebuah institusi baharu kepada universiti mapan yang konsisten memacu kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pembangunan insan,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI