fbpx
Gambar hiasan

Banjir: IPT diberi kelonggaran laksana PdP dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi kelonggaran kepada semua institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjejas akibat banjir untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan proses pembelajaran pelajar tidak tergendala.

Katanya, beberapa negeri di Pantai Timur dan utara dilanda banjir yang bukan sahaja menenggelamkan kediaman, malah menjejaskan premis IPT sehingga mengganggu operasi harian dan keselamatan warga kampus.

“Sebagai langkah memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warga IPT, KPT memberi kelonggaran kepada semua IPT yang terjejas untuk melaksanakan PdP secara dalam talian bagi memastikan kesinambungan pembelajaran pelajar tidak terganggu,” katanya.

Selain itu, bilik gerakan banjir di IPT turut diaktifkan bagi membolehkan pelajar, kakitangan dan ibu bapa mendapatkan maklumat terkini serta bantuan segera termasuk makanan, tempat perlindungan sementara dan keperluan asas lain.

KPT turut menyeru semua warga IPT agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa, berada di kawasan selamat dan mengutamakan keselamatan diri sepanjang bencana ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI