fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: RM260,000 kerugian akibat ‘maid scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kes penipuan pengambilan pembantu rumah warga asing tidak berlesen atau ‘maid scammer’ meningkat tahun ini apabila 15 kes direkodkan antara Januari hingga Oktober lalu.

Keadaan ini sekali gus merangkumi separuh daripada keseluruhan 30 kes yang dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2023. Kes keseluruhan dalam tempoh hampir tiga tahun itu melibatkan kerugian RM260,972.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peningkatan ketara itu didorong taktik sindiket yang semakin agresif menggunakan iklan palsu dan tawaran dalam talian untuk memperdaya mangsa.

“Pada 2023 sebanyak 11 kes direkodkan, manakala pada 2024 hanya empat, sebelum angka melonjak kepada 15 tahun ini.

“Sepanjang tempoh sama, sebanyak 13 pendakwaan telah diambil terhadap agensi pekerjaan swasta (APS) yang melanggar Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, termasuk kesalahan merekrut tanpa lesen, gagal mematuhi syarat lesen dan tiada dokumen pengenalan diri,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (PN-Paya Besar) mengenai tindakan kerajaan membanteras penipuan serta memastikan hanya APS berlesen dibenarkan beroperasi.

Abdul Rahman menegaskan bahawa hanya agensi berlesen dibenarkan mengurus proses pengambilan pembantu rumah di bawah Akta 246 dan kementerian komited memperkukuh penguatkuasaan bagi melindungi orang ramai.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI