fbpx
Abdul Karim (dua dari kiri) pada majlis perasmian sambutan Hari Air Sedunia peringkat Terengganu di LRA Bukit Sah, Kemaman hari ini.

Syarikat Air Terengganu rugi RM200 juta setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) mengalami kerugian lebih RM200 juta setiap tahun disebabkan kehilangan air tidak berhasil (NRW).

Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Abdul Karim Endut berkata, NRW negeri ini kekal tinggi ekoran masalah paip usang dan kerap bocor.

“Sebanyak kira-kira 70 peratus kehilangan air berpunca daripada kebocoran paip, manakala baki 30 peratus pula akibat sambungan tidak sah dan aktiviti kecurian air,” katanya di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Sah di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, Satu juga proaktif melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip dengan segera setiap kali menerima aduan kebocoran bagi mengurangkan kadar NRW. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN