fbpx
Keadaan banjir di Hatyai.

‘Anak-anak kelaparan, bekalan makanan terputus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – “Keadaan di sini air makin naik tinggi, anak-anak kelaparan. Sudah terputus bekalan makanan dan keperluan.”

Itu kongsi Wan Nur Asyikin Wan Azemim, 33, wartawan dan juruhebah LangkawiFM yang terkandas di The Color Hotel, Hatyai akibat banjir yang semakin buruk.

Katanya, dia sekeluarga termasuk dua anak kecil berusia sembilan bulan dan lima tahun serta beberapa rakan sangat memerlukan bantuan terutama makanan, susu dan lampin pakai buang bayi serta keperluan wanita.
“Belum ada bantuan, mereka cakap kawasan hotel ini polis tak bagi masuk sebab air dalam.

“Ada yang dah terima bantuan, cuma kawasan ini belum. Saya tak kuat bila tengok anak-anak lapar,” katanya.

Sementara itu, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Mimi Nadzirah Afiqah Md. Suhaimi, 21, yang ketika ini terkandas di Wangburapa Grand Hotel, Hatyai berkata, cuaca masih hujan dan paras air semakin naik.

“Keadaan pelajar dan staf UUM di sini masih terkawal, cuma sekarang ini hanya ada bekalan makanan ringan seperti roti yang sangat terhad. Kami berharap ada bantuan makanan yang dapat disalurkan,” ujarnya.

Mimi Nadzirah merupakan antara 36 pelajar dan empat pensyarah UUM yang terkandas dalam banjir besar di Hatyai.

Kesemua pelajar dan pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) berada di sana bagi mengikuti program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI