fbpx
Masduki sedang memeriksa bot fiber jualan di kedainya di Kampung Tebauk, Kuala Nerus kelmarin.

Bot fiber laku musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Perniagaan bot fiber yang diusahakan seorang pengusaha di sini meningkat mendadak sehingga 60 peratus sejak musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL) bermula pada minggu lalu.

Masduki Mohd., 41, berkata,  setakat ini 30 buah bot fiber telah terjual dalam tempoh seminggu dan kedainya akan terus beroperasi 24 jam sehingga bulan Januari tahun depan bagi memudahkan orang ramai membeli bot fiber apabila memerlukan.

Katanya, permintaan tinggi daripada pelanggan itu sebagai persediaan menghadapi banjir. Pelanggan-pelanggan yang membeli bot fiber bukan sahaja sekitar daerah ini dan seluruh Terengganu malah dari Johor dan Kelantan.

“Rata-rata mereka membuat persediaan awal menghadapi  musim tengkujuh yang boleh berlaku bila-bila masa,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Tebauk di sini semalam.

Dia yang mengusahakan perniagaan itu bersama adiknya, Masrul Nizam, 26, berkata, kedainya menjual bot fiber bersaiz antara 2.44 meter dan 5.18 meter berharga dari RM900 hingga RM3,500.

Katanya, bot fiber bersaiz bawah 4.27 meter yang banyak menjadi pilihan setakat ini. Pelanggan membelinya untuk berpindah dan membawa barangan berharga sewaktu banjir nanti.

Sementara itu, seorang pelanggan, Jusoh Ahmad, 50, berkata, dia membeli sebuah bot fiber berharga RM1,500 sebagai persediaan menghadapi banjir musim tengkujuh.

“Rumah saya kerap ditenggelami banjir setinggi hampir dua meter setiap kali musim tengkujuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN