fbpx
JALAN Lebuhraya Pasir Gudang terkeluar daripada senarai jalan kedua terteruk di Malaysia.

DUN Johor: Jalan Pasir Gudang terkeluar carta jalan kedua paling teruk di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Jalan Pasir Gudang yang sebelum ini direkodkan antara jalan kedua paling teruk di Malaysia kini tidak lagi berada dalam senarai tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, jalan tersebut tidak lagi berada dalam senarai 10 jalan terteruk di negara hasil usaha berterusan dan kerja-kerja penambahbaikan yang dilaksanakan.

“Dulu masa mula-mula kita ambil alih, pemantauan di jalan Pasir Gudang jalan ini merupakan jalan yang kedua teruk di Malaysia. Sekarang ini sudah keluar daripada 10 jalan teruk di Malaysia.

“Cuma peranan yang kita akan laksanakan adalah pemantauan kenderaan berat yang lebih muatan. Jalan Pasir Gudang ini selalu digunakan oleh kenderaan berat sebab banyak industri dan sebagainya.

“Nanti masa penggulungan, saya akan ceritakan tentang perancangan kita untuk pindahkan lori-lori lebih muatan atau kargo kepada sistem rail dari Pasir Gudang. InsyaAllah dapat kurangkan impak kerosakan di jalan raya,” katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke 15 di sini hari ini.

Mohamad Fazli (BN-Bukit Pasir) menjawab soalan tambahan Baharudin Mohamed Taib (BN-Permas) mengenai jangkaan projek Lebuhraya Pasir Gudang dapat disiapkan..-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI