fbpx
RAZGATLIOGLU berjaya mencatat masa lebih pantas daripada dua rakan sepasukannya pada sesi ujian rasmi MotoGP di Valencia kelmarin. - MCN SPORT

MotoGP: Razgatlioglu beri petanda positf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VALENCIA – Bintang WSBK, Toprak Razgatlioglu menampilkan aksi memukau pada hari pertama menguji jentera Yamaha V4 dalam ujian rasmi MotoGP di Litar Ricardo Tormo, Valencia kelmarin.

Turun bersama Pramac Yamaha, juara dunia WSBK tiga kali itu melengkapkan 53 pusingan dan menamatkan sesi di kedudukan ke-18 daripada 22 pelumba.

Lebih menarik, dia hanya ketinggalan 1.294 saat (s) daripada catatan terpantas selain turut mengatasi dua rakan sepasukannya yang lebih berpengalaman, Jack Miller dan Alex Rins.

Sebelum ini ramai menjangkakan Razgatlioglu akan ‘tenggelam’ dalam percubaan awal khususnya kerana gaya agresifnya di WSBK menggunakan tayar Pirelli yang jauh berbeza berbanding tayar Michelin di MotoGP.

Bos Pramac Yamaha, Gino Borsoi turut terkejut dengan prestasi pelumba Turkiye itu terutama menyesuaikan diri dengan DNA Yamaha.

“Sejujurnya saya agak terkejut dan kagum dengan mentaliti serta gaya tunggangannya. Kita semua tahu dia luar biasa di zon brek. Hari ini dia menunjukkan kebolehan untuk mengubah gaya tunggangan dalam masa singkat.

“Kami memberinya beberapa nasihat dan dia belajar dengan sangat pantas. Dia seorang yang baik dan mudah untuk berbincang,” katanya.

Beliau turut mendedahkan pada mulanya bimbang dengan gaya tunggangan Razgatlioglu dan menasihatinya supaya tidak menekan brek terlalu keras bagi memahami sifat tayar hadapan Michelin yang jauh berbeza.

“Dia faham dari awal dan cepat menyesuaikan diri. Dia tidak menekan jentera sepenuhnya, jadi kami belum melihat kelajuan sebenarnya, tetapi kami mula nampak karakter dan cara kerjanya. Ia cukup bagus untuk gaya MotoGP kami,” jelas Borsoi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI