fbpx
Fadhlina (kanan) sambil disaksikan Ahmad Jailani ketika gimik peluncuran Majlis Penyerahan Aset Sekolah Angkat Madani SPA di SK Sungai Bakap, hari ini. Foto oleh Danial Saad/KOSMO!

Lebih 900 sekolah dipilih sebagai Sekolah Angkat Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Lebih 900 sekolah dipilih dalam Program Sekolah Angkat Madani yang bertujuan menangani jurang pendidikan di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program terbabit membuktikan iltizam dan komitmen kerajaan Madani sekali gus memberi manfaat besar kepada sekolah-sekolah yang terpilih.

“Program Sekolah Angkat Madani ini memberikan impak yang besar di mana sekolah-sekolah ini walaupun kecil tetapi telah mendapat manfaat yang cukup besar. Saya fikir ini antara sekolah yang cukup bertuah kerana semua kelasnya telah pun dilengkapi dengan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang membolehkan program dan dasar pendidikan kita dilaksanakan dengan jayanya.

“Ia antara inisiatif yang cukup besar untuk kita jayakan dalam konteks teknologi kecerdasan buatan (AI) AI dan juga pendidikan digital. Ini adalah hasrat besar kerajaan Madani untuk melihat Program Sekolah Angkat Madani ini benar-benar diberikan tumpuan dan menjadi sebahagian daripada agenda besar pendidikan negara.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri menghadiri Majlis Penyerahan Aset Sekolah Angkat Madani Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap di sini.

Terdahulu, Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah telah dipilih sebagai Sekolah Angkat Madani SPA berdasarkan potensi tinggi sekolah untuk menjadi model pembangunan komuniti setempat, khususnya dalam pengukuhan aktiviti pembelajaran dan kokurikulum.

Sementara itu, Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, setiap sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000 bagi pelaksanaan perolehan aset, program keceriaan sekolah, pembangunan pendidikan pelajar serta perkhidmatan sosial yang merangkumi penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN