KEMAMAN – Seorang wanita terpaksa meredah air hingga paras paha bagi menyelamatkan tanaman jagungnya selepas kebun miliknya di Kampung Seberang Tayor Hilir, di sini ditenggelami banjir sejak kelmarin. Anita Awang, 51, berkata, kebun itu dilimpahi air Sungai Kemaman yang meningkat mendadak ekoran hujan lebat di bahagian hulu. Katanya, dia tidak menjangka kebun jagungnya itu ditenggelami banjir memandangkan kampung tersebut tidak hujan. “Terkejut saya dimaklumkan oleh anak air Sungai Kemaman berhampiran kebun sudah mula melimpah. “Saya bersama anak-anak dan adik bergegas…















