fbpx
BEKAS jurulatih Korea Selatan dan Indonesia, Shin Tae-yong cukup kagum dengan bakat yang dimiliki bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi.

Bakat Arif Aiman ‘pukau’ Shin Tae-yong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Walaupun bertubuh kecil, kelincahan Arif Aiman Hanapi meninggalkan kesan besar kepada mantan jurulatih Korea Selatan dan Indonesia, Shin Tae-yong.

Jurulatih berpengalaman itu cukup kagum dengan bakat buat luar biasa dimiliki Arif Aiman dan melabel bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebagai salah seorang pemain terbaik Harimau Malaya.

“Saya tidak ingat namanya, tetapi pemain itu (bertubuh) kecil sahaja dan bermain untuk JDT. Dia pemain yang bagus dan ada masa depan cerah,” katanya.

Kecemerlangan Arif Aiman nyata sudah berkelas tinggi hingga namanya tersenarai dalam tiga calon akhir Pemain Terbaik Tahunan AFC 2025, bulan lalu.

Walaupun bintang Arab Saudi, Salem Al Dawsari dinobatkan sebagai pemenang anugerah itu, pencalonan Arif Aiman menjadi pengiktirafan besar buat pemain itu dan bola sepak Malaysia.

Sejak beberapa tahun ini, Arif Aiman dilabel sebagai tunjang utama kepada Harimau Malaya dan JDT di pentas Asia.

Malam esok, magis Arif Aiman pastinya akan terus ditagih untuk memastikan keputusan positif buat Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI