fbpx
Anwar menerima sambutan meriah penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid ketika menghadiri program ramah mesra bersama pemimpin dan masyarakat kawasan tersebut hari ini

‘Rakyat Sabah boleh nilai sendiri siapa yang benar-benar bekerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengundi di Sabah diminta agar tidak mudah terperdaya dengan retorik politik kononnya mampu menunaikan ‘itu dan ini’, tetapi akhirnya meninggalkan rakyat selepas mendapat kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat Sabah mahukan kehidupan yang lebih baik, peluang ekonomi lebih luas dan pembangunan yang seimbang.

“Hatta inilah yang sedang dan akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan Madani melalui peruntukan negeri, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan pelbagai inisiatif di bawah Belanjawan 2026,” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan, Kerajaan Madani akan terus bekerja untuk rakyat termasuk di Sabah dengan menyelesaikan isu lama seperti bekalan air, elektrik dan capaian internet yang tergendala atau tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum ini.

Tegasnya, hak rakyat wajib ditunaikan tanpa terpengaruh dengan drama atau permainan politik.

“Rakyat Sabah boleh menilai sendiri siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang hanya tampil saat memerlukan sokongan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI