fbpx

Sembilan remaja ‘lompat pagar’ lari dari rumah kebajikan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Sembilan remaja lelaki yang melarikan diri dari sebuah rumah kebajikan anak yatim dan miskin di Tanah Hitam, Chemor di sini berjaya ditemui semula selepas lapan jam operasi mencari mereka dijalankan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, remaja berusia 10 hingga 14 tahun itu disedari hilang dari asrama rumah kebajikan berkenaan pada pukul 6 pagi.

“Pihak pentadbir menyedari mereka hilang sebelum membuat semakan melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati semua mereka keluar dari rumah berkenaan menerusi pintu kanan rumah yang tidak berkunci pada pukul 4 pagi.

“Usaha mencari mereka terus dijalankan dan akhirnya polis berjaya menemui lima daripada mereka di pusat siber di Klebang Putra di sini pada pukul 2.15 petang,” katanya ketika dihubungi.

Tambah A. Asmadi, empat yang lain pula dikesan berada di sebuah stesen bas di Kuala Kangsar.

“Dua daripada mereka telah menghubungi keluarga untuk dijemput manakala dua lagi telah melarikan diri dipercayai pulang ke rumah keluarga masing-masing.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca mereka melarikan diri dari rumah kebajikan tersebut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI