fbpx
BUMBUNG sebuah tandas 'berkecai' disambar kilat. - Foto The Pattaya News

Bumbung tandas berkecai disambar kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Satu kejadian ribut petir dahsyat menyebabkan kilat menyambar bumbung tandas sebuah restoran popular di Takhian Tia, dekat Pattaya, Thailand, lapor portal berita The Pattaya News kelmarin.

Panahan itu memecahkan jubin, sebatang pokok kelapa terbelah dua dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Namun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu yang berlaku pada Selasa lalu.

Pemilik restoran, Hattachai Kaewsuwan, 35, yang dikenali di kawasan itu sebagai Tee Lek menggambarkan detik menakutkan itu.

“Saya berada di dalam restoran ketika langit bergemuruh.

“Kemudian, Bang! Kilat putih menyambar di belakang dapur. Saya berlari keluar dan melihat pokok kelapa terbelah dan bumbung tandas berkecai.  Tiada pelanggan menggunakan tandas pada saat itu.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI