fbpx
AIR ketum yang dirampas dalam Opk Hawk di Kampung Peragap, Kerdau di Temerloh.

Lelaki raih RM1,000 sehari jual ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Seorang lelaki yang mampu meraih pendapatan sehingga RM1,000 sehari hanya dengan menjual air ketum akhirnya tumpas apabila ditahan dalam Op Hawk di Kampung Peragap, Kerdau, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahrón berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi selepas polis menemui 19 bungkus plastik berisi air ketum dipercayai hasil rebusan sendiri.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku air ketum itu adalah rebusan sendiri dan dijual pada harga RM10 sebungkus, dengan anggaran jualan harian mencecah 100 bungkus.

“Kegiatan itu membolehkan suspek meraih keuntungan kasar RM1,000 sehari, menjadikan air ketum sebagai sumber pendapatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN