fbpx
Salah seorang suspek yang berjaya ditangkap selepas mencuri buah kelapa sawit dari sebuah ladang di Saratok.

Tiga penagih dadah ditangkap curi sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SARATOK – Tiga penagih dadah ditangkap selepas mencuri kelapa sawit dari sebuah ladang, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan yang positif syabu itu dicekup pada 7 November lalu semasa berada di rumah masing-masing selepas menjual hasil curian sawit terbabit.

“Kegiatan mereka terbongkar setelah suspek pertama memberikan maklumat rakan sejenayahnya. Suspek kedua dan ketiga juga mengaku melakukan kegiatan mencuri sawit bagi tujuan membeli bekalan dadah,” katanya yang dihubungi, hari ini.
Katanya, polis berjaya menahan suspek pertama berusia 36 tahun, susulan laporan yang diterima pada 5 November lalu daripada polis bantuan yang bertugas di ladang terbabit.

“Semasa pengadu sedang membuat rondaan bersama-sama seorang lagi rakannya, mereka telah terserempak dengan sebuah Toyota Hilux yang masuk ke dalam kawasan ladang.

“Hilux tersebut telah diisikan dengan beberapa tandan buah kelapa sawit di belakangnya, dipercayai buah kelapa sawit dari ladang itu. Pengadu dan dua pekerja ladang cuba menahan hilux tersebut namun gagal dan suspek telah berjaya melarikan diri.

“Suspek kedua dan ketiga, masing-masing berusia 33 dan 26 tahun kemudian ditangkap pada 7 November lalu,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI