fbpx
AUGUSTO (tengah) muncul wira Inter apabila meledak gol kemenangan ke atas Kairat Almaty awal pagi tadi. - AFP

Inter ikut jejak hebat Arsenal, Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Pengurus Inter Milan, Cristian Chivu mahu mengambil tanggungjawab penuh selepas pasukannya bergelut untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Kairat Almaty dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di San Siro awal pagi tadi.

Chivu berpendapat beliau gagal membina mentaliti yang lebih baik dalam diri barisan pemain hingga terpaksa mengharungi detik sukar untuk mendapatkan tiga mata penting.

“Kami mengambil masa lama untuk mendapatkan jaringan dan saya ambil tanggungjawab ini kerana sebagai jurulatih, saya gagal membina mentaliti yang betul kepada pemain.

“Saya tidak dapat menunjukkan sikap yang betul kepada pemain di mana perkara ini adalah benda dalam satu demi satu perlawanan setiap tiga hari. Sepatutnya kami boleh lakukan lebih baik lagi.

“Tiga mata kali ini adalah cukup bagus kerana cabaran selepas ini lebih sukar. Namun, saya sentiasa merasakan tiada perlawanan mudah walaupun atas kertas kami adalah pasukan lebih baik,” katanya.

Aksi di San Siro itu menyaksikan Lautaro Martinez berjaya meletakkan Inter di depan, namun ia disamakan oleh Ofri Arad sebelum Carlos Augusto muncul penyelamat tuan rumah dengan menyumbangkan jaringan kemenangan.

Menariknya, kejayaan kali ini menyaksikan Inter antara tiga pasukan yang berjaya mencatat empat kemenangan bersih daripada empat perlawanan selepas Bayern Munich dan Arsenal.

Begitupun, Chivu enggan bergembira dengan pencapaian itu apabila turut memberi amaran kepada pemain supaya kekal bermotivasi dan bekerja lebih keras mengharungi cabaran seterusnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI