fbpx
AZZUDDIN berpendapat dana bakal digunkan untuk membawa kes ke CAS adalah lebih baik disalurkan bagi menguatkan pembangunan akar umbi.

‘Baik beri dana CAS ke akar umbi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMBELANJAKAN dana ke arah pembangunan akar umbi adalah lebih baik berbanding berbelanja besar membawa kes membabitkan isu pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad merasakan keputusan membawa kes ke CAS seakan satu pembaziran.

Katanya, ia disebabkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sudah pun mengemukakan bukti yang mengukuhkan tindakan mereka untuk menghukum FAM dan tujuh pemain warisan.

“Saya amat bersetuju (duit digunakan untuk pembangunan akar umbi). Kalau tidak silap saya, ia akan menelan belanja berjuta jugalah.

“Alangkah baiknya duit itu digunakan untuk pembangunan akar umbi kita dan juga kalau ada yang bermurah hati, melangsaikan gaji tertunggak pemain-pemain kita.

“Itu lagi dapat memanfaatkan pemain-pemain kita dan juga orang kita sendiri daripada kita nak pergi membuangkan masa dan wang ringgit ke CAS,” katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain negara dan denda ke atas FAM seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

Tujuh pemain iaitu Imanol Machuca, Rodrigo Holgado, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel didenda CHF2,000 (sekitar RM10,800) setiap seorang serta digantung 12 bulan.

FAM diperintah membayar denda keseluruhan 350,000 franc Swiss (RM1.9 juta) namun ketika ini badan induk bola sepak Malaysia itu dilaporkan berhasrat untuk membawa isu ke peringkat CAS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN