fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan anggota polis cuba memujuk suspek di sebuah rumah di Kampung Pida 3, Jerlun malam tadi.

Lelaki tetak abang ipar direman 6 hari, negatif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang lelaki yang disyaki menetak abang iparnya sehingga kepala terpisah daripada badan dalam kejadian di Kampung Pida 3, Jerlun dekat sini malam tadi direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah reman ke atas suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Siasatan ke atas suspek yang masih bujang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, mayat mangsa akan dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif dadah.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan, seorang lelaki berusia 45 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas ditetak dengan parang oleh adik iparnya dalam kejadian di kawasan sawah di Kampung Pida 3, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan diselaputi lumpur dengan kepala terpisah daripada badan.

Bahagian kepala dijumpai pada jarak kira-kira satu meter dari lokasi badan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI