fbpx
Mohd. Azri menunjukkan kesan suntikan akibat rawatan hemodialisis ketika ditemui di rumahnya di Jalan Parit Masjid, Pontian.

Derita yang tiada penghujungnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Hidup seorang bekas operator kilang di Lorong Setia, Jalan Parit Masjid di sini, benar-benar mengundang rasa pi­lu apabila diuji bertubi-tubi dengan dugaan hidup serta ma­salah kesihatan.

Liku kehidupan Mohd. Azri Abd. Tani, 42, mula berubah 18 ta­hun lalu apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan kaki kanannya patah sehingga menjejaskan pergerakannya.

Belum sempat pulih sepenuh­nya, tiga tahun kemudian, bapa kepada dua anak itu sekali lagi diuji apabila menghidap penya­kit buah pinggang, menjadikan kehidupannya semakin sukar dan penuh kesengsaraan.

Mohd. Azri berkata, ujian yang menuntut kesabaran hatinya itu tidak terhenti di situ apabila dia sekali lagi disahkan ada penyakit lemah jantung pada 2019.

“Ujian demi ujian menimpa sa­ya, tetapi saya reda terima dengan hati terbuka sebab Allah uji ada hikmahnya.

“Saya syukur sebab ada isteri, Nor Azwa Nisha Zulkifli, 28, setia menemani saya yang ada pelbagai penyakit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Menurutnya, sebelum ini dia bekerja di kilang dengan pendapatan RM700 sebulan, tetapi selepas menghidap penyakit buah pinggang dan kerap mengambil cuti, dia akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja.

Demi meneruskan kelangsu­ngan hidup, dia membuka bangsal burger berhampiran rumah­nya dengan pendapatan kira-kira RM600.

“Saya ada menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Keba­jikan Masyarakat (JKM), na­mun bantuan ini dihentikan selepas isteri bekerja dengan gaji RM1,700 sebulan.

“Bagaimanapun, isteri saya sekarang tidak lagi bekerja kerana perlu menguruskan saya untuk menjalani rawatan dialisis di Hospital Pontian selain uruskan anak ke sekolah,” ujarnya.

Dia bernasib baik apabila bayaran rawatan dialisis sebanyak ti­ga kali sekali seminggu telah dibiayai oleh pihak Baitulmal.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Nor Azwa Nisha di talian 017-7583376 atau menghulurkan sumba­ngan menerusi akaun Bank Islam 01108020287725 (Mohd. Azri Abd. Tani).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI