fbpx
Abdul Hamid menunjukkan lokasi tapak sampah haram berhampiran kemudahan Taman Rekreasi Gemas di Tampin semalam.

Taman Rekreasi Gemas jadi tempat buang sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Orang awam terutamanya pengunjung yang se­ring menggunakan kemudahan Taman Rekreasi Gemas, di sini, kesal apabila lokasi itu dicemari dengan pembuangan sampah haram sejak awal tahun.

Tinjauan Kosmo! ke lokasi mendapati, walaupun ada pita larangan membuang sampah di lokasi tersebut, namun masih banyak sampah baharu serta domestik yang dibuang di lokasi berkenaan.

Kata seorang penduduk, Abdul Hamid Mire, 67, dia tahu kewujudan tapak sampah haram itu daripada orang awam yang berjoging di taman berkenaan.

“Mula-mula sampah pukal macam sisa ubah suai premis atau bangunan. Kini, pelbagai jenis sampah ada di sini. Selain bau busuk, lokasi ini juga buat tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Macam sisa premis ini makin banyak, kita datang lagi hari ini ada pula sampah yang dibakar. Nampaknya makin ramai ambil kesempatan buang sampah di sini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang pesara yang enggan dikenali berkata, dia sudah membuat aduan mengenai masalah itu sebanyak empat kali sejak awal tahun lagi, de­ngan aduan terbaharu semalam.

“Apa yang dikesalkan, tapak ini masih lagi tidak dibersihkan dan orang ingat tempat ini memang tempat buang sampah. Saya hairan juga sebab kalau di taman, banyak di kawasan Gemas ini sudah dilengkapi dengan kemudahan tong sampah di hadapan rumah.

“Jadi, saya harap sangat agar pemantauan berterusan dapat dilakukan bagi mengelakkan lokasi yang digunakan orang ramai sebagai lokasi riadah tidak terus menjadi tempat sampah haram,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN