fbpx
Garam yang dike­luarkan di Asia dilaporkan mengandungi mikroplastik yang tinggi. - GAMBAR HIASAN

Garam pun tak selamat, tercemar serpihan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Sebahagian garam yang menjadi bahan makanan hampir kesemua setiap rakyat negara ini juga dicemari mikroplastik berbahaya.

Garam yang berasal dari laut akan tercemar dengan mikroplastik apabila ia diproses bersama serpihan plastik itu menjadi bahan makanan.

Timbalan Pengarah Institute of Planetary Survival for Sus­tainable Well-being ­(PLANETIIUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Redzuan Nul Hakim Abdul Razak berkata, berdasarkan laporan jur­nal Environmental Science and Technology ­terbitan ACS Pub­lication, ­mikroplastik turut dikesan dalam 90 peratus jenama garam dapur yang diuji di seluruh dunia.

“Berdasarkan laporan jurnal berkenaan, sebanyak 36 daripada 39 jenama garam mengan­dungi mikroplastik yang mana sampel diambil daripada negara-negara di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika syarikat.

“Berdasarkan jurnal itu juga, kandungan garam yang dike­luarkan di Asia mencatatkan kan­dungan mikroplastik yang tinggi,” katanya kepada Kosmo!.

Menurutnya, dapatan daripada jurnal berkenaan amat membimbangkan kerana garam menjadi kegunaan dalam makanan setiap hari rakyat Malaysia.

Katanya, pencemaran mikroplastik adalah ancaman global kepada kesihatan manusia, hidupan liar serta kelestarian alam sekitar.

“Jika pencemaran ini tidak dibendung segera, ia akan terus memberi kesan negatif kepada generasi akan datang, terutama dalam aspek kesuburan, perkembangan janin, dan kesihatan metabolik,” katanya.

Justeru katanya, peningkatan kesedaran dan tindakan berterusan daripada pihak berkuasa dan orang ramai sangat diperlukan.

“Banyak pihak kini menge­syorkan supaya lebih banyak undang-undang pengurangan plastik atau sekali guna diperkenalkan dan pengurusan sisa plastik diperbaiki bagi menangani masalah ini.

“Tindakan kolektif daripada kerajaan, industri dan masyarakat sangat diperlukan untuk menangani masalah ini dan melindungi planet kita daripada kesan yang lebih buruk di masa hadapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN