fbpx
GAMBAR HIASAN

Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,243 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 6,243 mangsa banjir daripada 1,944 keluarga kini ditempatkan di 56 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara setakat pukul 9.30 pagi tadi, menurut laporan terkini portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM berkata, data menunjukkan jumlah PPS meningkat kepada 56 berbanding 54 sebelum ini melibatkan tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Perak mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 2,850 orang daripada 962 keluarga yang ditempatkan di 28 PPS di empat daerah manakala Kedah merekodkan 2,318 mangsa daripada 685 keluarga di 19 PPS dan Pulau Pinang menempatkan 1,049 mangsa di tujuh PPS,” ujarnya. Secara keseluruhan, kadar kapasiti PPS kini mencecah 38.43 peratus, menandakan peningkatan bilangan mangsa berbanding semalam.

“Daripada jumlah keseluruhan mangsa, 2,218 merupakan wanita dewasa (35.53 peratus), diikuti 2,027 lelaki dewasa (32.47 peratus), 951 kanak-kanak lelaki (15.23 peratus), 924 kanak-kanak perempuan (14.8 peratus), serta 64 bayi lelaki dan 59 bayi perempuan,” katanya.

Selain itu, seramai 855 warga emas dan 150 orang kelainan upaya (OKU) turut dipindahkan ke PPS bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN