fbpx
Subari meletakkan ular peliharaannya di laluan pejalan kaki. - DETIK

Memang sengaja letak ular di laluan pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang warga emas di Kramat Jati, Jakarta Timur nekad meletakkan ular sawa peliharaannya di atas laluan pejalan kaki di tepi sebatang jalan bagi mengelakkan penunggang motosikal daripada melalui kawasan tersebut, lapor laman berita Detik hari ini.

Lelaki bernama Subari, 75, bertindak demikian kerana kecewa dengan sikap penunggang motosikal di jalan itu yang kerap melalui laluan pejalan kaki untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas.

Katanya, keadaan itu membuakan pejalan kaki berhadapan risiko dilanggar oleh motosikal setiah hari.

“Pejalan kaki mengalami kesukaran untuk berjalan di situ kerana penunggang motosikal kerap melalui kaki lima,” katanya.

Tambah Subari, selepas meletakkan ular sawa, tiada lagi penunggang motosikal berani menggunakan laluan pejalan kaki tersebut.

“Tidak ada yang berani melaluinya, malah ada yang berpatah balik.

“Jangan menyusahkan pejalan kaki,” katanya.

Kata Subari, reptilia itu adalah haiwan peliharaannya yang sudah dibela selama 13 tahun.

“Ia seekor ular yang jinak. Saya enggan menyerahkan ular ini kepada sesiapa pun. 

“Saya sayangkan ular ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI