fbpx
Dzulfikri (depan) bersama keadaan rumah yang musnah akibat puting beliung tersebut. Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Ribut: 30 saat puting beliung masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Detik cemas dilalui sebuah keluarga apabila rumah mereka ‘dimasuki’ puting beliung hampir 30 saat sehingga hampir menerbangkan kediaman tersebut dalam kejadian di Jalan Manggis, Kampung Medan, di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa, Dzulfikri Ahmad Husaini, 44, berada di dapur menyiapkan kerja sebelum dikejutkan dengan bunyi angin kuat disusuli guruh dan petir.

Menurutnya, puting beliung setinggi hampir 30 meter itu muncul dari arah jalan besar dan bergerak laju menuju ke kawasan kampung.

“Selang lima minit hujan turun, saya nampak kelibat pusaran angin datang terus ke arah rumah. Saya sempat jerit suruh dua anak saya berlindung di bawah meja,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Dzulfikri berkata, dalam keadaan panik, dia cuba menahan bahagian hadapan rumah kerana terasa struktur kayu itu seakan-akan hendak terangkat.

“Lebih menakutkan, puting beliung itu sempat masuk ke dalam rumah walaupun sekejap antara 10 hingga 30 saat sehingga ayah saya Ahmad Husaini Mahayudin, 78, nyaris ditimpa siling yang runtuh,” ujarnya.

Tambahnya, ia kemudian beralih ke ladang kelapa sawit berhampiran sebelum hilang dan susulan itu, Dzulfikri menanggung kerugian lebih RM20,000 apabila atap rumahnya musnah sepenuhnya selain cermin kereta pecah ditimpa almari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI