fbpx
GAMBAR fail sebuah mahkamah di Singapura. - Foto AFP

Wanita China dijel, gigit jari pegawai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang wanita warga China berusia 34 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan di sebuah mahkamah di Singapura selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan pelik, lapor laman berita VnExpres semalam.

Kejadian luar biasa itu termasuk menggigit jari seorang pegawai polis wanita sehingga berdarah dan mencetuskan kekecohan di restoran ketika dia masih dalam tempoh jaminan.

Wanita dikenali sebagai Wang Xiongjun itu turut didapati bersalah kerana melakukan gangguan awam dan menyerang pegawai penguat kuasa undang-undang. 

Menurut laporan laman berita Mothership, Xiongjun  telah memfailkan rayuan terhadap hukuman itu pada 25 September lalu.

Kesalahan pertama Xiongjun dilakukan pada 28 Mac lalu ketika dia dalam penerbangan dari Jogjakarta, Indonesia ke China dengan persinggahan di Singapura. 

Dia dilaporkan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kru kabin dan ditahan sebaik pesawat mendarat kerana melanggar Akta Navigasi Udara.

Ketika masih dalam tempoh jaminan, Xiongjun sekali lagi ditahan pada 18 April lalu kerana menceroboh ke Jabatan Kecemasan Hospital Besar Singapura tanpa sebab yang sah. 

Pada 24 April lalu, dia didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengurus sebuah restoran dan memecahkan dua mangkuk serta sepinggan. 

Semasa dalam tahanan, Xiongjun turut menggaru pergelangan tangan seorang pegawai polis dan mencubit paha seorang pegawai lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI