fbpx
Lokasi kejadian di sebuah sekolah menengah dekat Petaling Jaya.

Polis, sekolah bincang pelajar ada masalah psikiatri mungkin diasingkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak sekolah dan kaunselor termasuk keperluan pengasingan pelajar yang mempunyai masalah psikiatri di sekolah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan kejadian melibatkan pembunuhan di sekolah berulang kembali.

“Itu akan buat perbincangan lanjut dengan pihak sekolah dan kaunselor. Sekiranya ada dikenal pasti, mungkin kita ambil tindakan yang lebih efisien selepas ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian sama ada terdapat sebarang cadangan supaya pengasingan bagi pelajar yang ada masalah psikiatri untuk elak kejadian sama berulang.

Jelas Shazeli, siasatan setakat ini mendapati tiada kes jenayah pernah berlaku di sekolah berkenaan.

Tegasnya, sekolah itu juga mempunyai pegawai perhubungan polis untuk memberi kesedaran
pencegahan jenayah dan memantau disiplin serta gejala sosial dalam kalangan pelajar.

“Sebagaimana Ketua Polis Negara memaklumkan semalam pelbagai program pencegahan telah dilaksanakan termasuk semalam atas arahan Ketua Polis Negara, kereta peronda juga mula masuk serta merta untuk membuat kawalan dan pemerhatian di kawasan sekolah.

“Memang kerjasama antara PDRM dan sekolah telah lama terjamin. Bukan disebabkan isu ini mahu diperketatkan keadaan keselamatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI