fbpx
Insiden lori terbalik itu menyebabkan aliran trafik sesak lebih tiga kilometer pada pagi ini di lokasi kejadian.

Lori terbabas selepas Terowong Menora, trafik sesak 3 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak selepas laluan ditutup ekoran sebuah lori terbabas merintangi jalan di Kilometer (KM) 257, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora di Ipoh pagi tadi.

Difahamkan, keadaan itu menyebabkan trafik tidak bergerak sejauh lebih tiga kilometer.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Info Trafik menerusi perkongsian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di TikTok, menasihatkan pengguna supaya menggunakan laluan alternatif.

“Terdapat kemalangan treler di KM 257 arah utara selepas Terowong Menora. Pengguna jalan raya dinasihatkan melalui Sungai Siput untuk keluar ke Kuala Kangsar.

“Pihak kami sedang mengusahakan pusingan U kepada pengguna jalan raya di (lokasi) sebelum dan selepas Terowong Menora,” ujarnya.

Difahamkan, pasukan penyelamat dan pihak berkuasa lebuh raya sedang mengawal keadaan dan membantu pengguna jalan raya yang terkandas.

Kesemua pengguna jalan raya diminta memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan petugas di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI